Kalau hendak diceritakan mengenai guru, sebenarnya ada macam-macam perihal. Hal ini kerana guru juga merupakan manusia biasa yang mempunyai pelbagai kerenah dan karakter. Ada guru yang bersikap positif dan negatif. Setiap perwatakan seseorang guru mampu memberi kesan terhadap perkembangan pelajar. Sebagai contoh, guru yang baik akan disayangi pelajar dan menjadi role model kepada pelajar yang membuatkan mereka minat untuk belajar di sekolah. Bagi guru yang tidak baik, nescaya boleh menjadikan disiplin pelajar itu teruk dan pencapaian akademik tidak membanggakan. Oleh itu, sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan ;
"contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."
Namun, dewasa kini kita kerap kali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru antaranya guru rogol pelajar, guru dera pelajar, guru ponteng sekolah dan sebagainya. Malah baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita pelajar dipaksa makan rumput oleh guru atas kesalahan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ia merupakan satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep JERIS iaitu gabungan dari segi jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosial yang ingin diterapkan kepada pelajar.
CIRI GURU POSITIF
Tanggungjawab Guru Cemerlang |
Kerana Guru Pelajar Menjadi Cemerlang |
CIRI GURU NEGATIF