Ucapan Selamat Datang ditujukan kepada anda yang sudi melawat ke blog kami. Walaupun blog ini secara fizikal dekorasinya nampak sederhana sahaja akan tetapi terdapat banyak maklumat yang boleh kita kongsikan bersama-sama. Blog ini lebih memfokuskan kepada guru dan bakal-bakal guru diluar sana. Dimana kita merungkai sedikit demi sedikit mengenai profesion perguruan di Malaysia ini. Kita boleh lihat sekarang, terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap sistem pendidikan terutama sekali mengenai PBS. Apa itu PBS? Kemungkinan anda diluar sana masih samar-samar mengenai tujuan utama pelaksanaan PBS. Selain itu, kita juga boleh intai-intai sedikit mengenai isu-isu guru di sekolah, kita kenali siapakah guru kepada anak-anak kita, sama ada baik atau buruk perangainya. Hal ini kerana sikap guru bakal mencerminkan perwatakan anak-anak.
Seterusnya, di sini juga kami kongsikan strategi dan tips untuk menjadi seorang guru yang profesional dan komited dalam kerjayanya. Guru bukan sekadar sebagai pendidik, malah guru juga sebagai pemimpin anak-anak bangsa.
Dengan ini, kami sajikan kepada anda beberapa info mengenai dunia pendidikan.