Akauntabiliti Guru Terhadap:
1. Pelajar.
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam
jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran mengikut kaedah
dan
teknik yang berkesan.
- Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-
murid berbanding hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap pelajar tanpa
mengira bangsa, agama,
faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial, dan sebagainya.
- Membimbing dan mengajar murid-murid di
dalam bilik darjah
tanpa meminta apa-apa bayaran atau
hadiah.
- Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas,
berbudi bahasa, dan bersopan
santun semasa bertugas.
2. Diri.
- Menjaga kebersihan dan kesihatan agar
dapat menjalankan
tugas
dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan
ketegangan jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan
bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan.
- Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan.
- Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa
di sekeliling
melalui
media massa atau elektronik.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah
pada masa
lapang.
3. Bangsa dan Negara.
- Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat
pendidikan negara berdasarkan rukun
negara.
- Memupuk niai dan sikap murni sesuai
dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri
pelajar.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat.
- Mengeratkan persefahaman dan kerjasama
dalam kalangan
guru dan
ibu bapa pelajar.
- Bersopan santun dan bertingkah laku baik
dalam segala
aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni.
4. Terhadap Tugas dan Kerja.
- Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai
buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang
diajar.
- Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi
mata pelajaran
yang diajar.
- Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai
kursus-kusrus
yang
dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
- Merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran sepenuhnya
bagi mencapai objektif pelajaran
secara maksimum.
- Mengajar fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang
betul dan
tepat.
|
Inilah guru sebenarnya... |