Saidina Umar Al-Khatab pernah berpesan
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab,
dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang.
Ciri-ciri Perlakuan Guru yang Disukai Oleh Pelajar.
- Seorang guru mestilah periang, gembira dan memiliki perwatakan menarik. Justeru guru hendaklah mengelakkan diri dari bersikap garang, kuat membebel, tidak pernah senyum, suka menyindir dan mudah hilang kesabaran.
- Seorang guru hendaklah bertimbang rasa, mudah mesra dan pengasih dengan pelajar. Guru juga hendaklah menghindarkan diri dari bersifat sombong, angkuh dan sukar menerima pandangan orang lain.
- Seorang guru mesti tegas terhadap kawalan kelas supaya ia dihormati dan disegani.
- Seorang guru hendaklah bersikap adil dengan semua muridnya, terutama dalam menyelesaikan sesuatu masalah, janganlah ada guru yang bersikap pilih kasih dengan memberikan perhatian kepada pelajar yang tertentu sahaja.
- Seseorang guru yang berminat memahami masalah pelajar-pelajarnya. Guru sering bertanya mengenai masalah pelajar terutama dalam subjek-subjek yang mereka lemah. Elakkan daripada memberi tugasan dan kerja rumah tanpa kewajaran yang sepatutnya.
- Kaedah pembelajaran hendaklah dirancang lebih awal supaya murid lebih memahami.
- Guru menerangkan sesuatu pelajaran atau tugasan dengan jelas supaya murid melakukan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna.
- Seorang guru sentiasa memberikan bantuan dalam kerja-kerja sekolah.
No comments:
Post a Comment