Sunday, April 13, 2014

STRATEGI PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU CEMERLANG

Dewasa ini, seluruh masyarakat amat mengharapkan guru yang bersahsiah cemerlang bagi mendidik anak bangsa negara ini. Hal ini supaya anak bangsa dapat dibentuk menjadi seseorang yang berguna pada masa hadapan. Usaha untuk melahirkan guru yang bersahsiah unggul adalah penting dan sangat mencabar. Tambahan pula, pada masa kini terdapat pelbagai masalah dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, bagi membentuk guru yang bersahsiah cemerlang, maka usaha secara berterusan perlu dirancang dan dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan.

Tedapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru yang bersahsiah cemerlang iaitu perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Pelbagai pihak boleh melaksanakan strategi tersebut. Samada melalui guru itu sendiri, pihak sekolah mahupun  Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. PERKEMBANGAN


  • Memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan
  • Latihan dalam perkhidmatan

2. PENCEGAHAN
  • Pengurusan stres


3. PEMULIHAN
  • Perkhidmatan kaunseling
  • Muhasabah diri
  • Rujukan
  • Tindakan tatatertib
  • Kursus dan bengkel

    TINGKAH LAKU GURU & PENGAJARAN KREATIF

    Banyak kajian telah dilakukan untuk menjawab persoalan mengenai bagaimanakah guru boleh membantu meningkatkan kreativiti pelajar. Di antara cara yang guru boleh lakukan untuk meningkatkan kreativiti pelajar ialah melalui tingkah laku yang mereka tunjukkan sewaktu pengajaran sedang dijalankan. Dalam konteks penyelidikan yang akan dijalankan mengenai gaya pengajaran guru ini, perbincangan mengenai tingkah laku guru adalah penting kerana kemahiran guru mengajar secara kreatif akan diukur berdasarkan tingkah laku yang guru tunjukkan dalam bilik darjah.

    Menurut Esquivel (1995), tingkah laku kreatif guru boleh diklasifikasikan kepada : 

    (a) Tingkah laku molekul yang melibatkan teknik-teknik dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan  oleh guru yang boleh dikenal pasti secara konkrit dan boleh diukur dan juga interaksi di antara guru dan pelajar; 

    (b) Tingkah laku “molar” yang merujuk kepada fahaman dan pendekatan-pendekatan lebih global yang diamalkan oleh guru sebagai titik rujukan dalam usaha guru mewujudkan suasana pembelajaran yang membantu memupuk kreativiti dalam bilik darjah. 



    TINGKAH LAKU MOLAR

    Menurut Esquivel (1995),
    Terdapat beberapa model yang menitiberatkan proses kreatif, pengkayaan kreatif dan penyelesaian masalah kreatif, salah satu dari model-model tersebut ialah Model Pengajaran Kreatif Inkubasi Torrance (1979). Model ini merujuk kepada tahap dalam proses kreatif apabila unsur-unsur tidak sedar dan separa sedar terlibat dalam asosiatif  bebas simbol-simbol, imej-imej dan idea-idea. Model ini mempunyai tiga fasa yang saling berturutan yang membawa implikasi untuk tingkah laku pengajaran tertentu:

    Torrance dan Safter (1990) telah mencadangkan beberapa aktiviti tingkah laku untuk setiap tahap.

         Tahap Pertama
    • Melibatkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk pemanasan dan mendapatkan perhatian pelajar agar pelajar bersedia, tenang, bermotivasi dan keadaan minda yang divergen.

              Di antara aktiviti-aktiviti tingkah laku yang dicadangkan : 
                a) persembahan idea-idea yang kabur, 
                b) bertanyakan soalan untuk meningkatkan jangkaan, 
                c) merangsang perasaan ingin tahu, 
                d) mencari pandangan yang berbeza dan bertanyakan soalan  
                    yang provokatif untuk merangsang idea baru.

       Tahap Kedua
      • Model ini pula melibatkan penambahan keasyikan dalam tugasan kreatif dengan menganalisa dan membuat refleksi mengenai keadaan sebenar masalah yang sedang cuba diselesaikan.

                Di antara aktiviti-aktiviti yangberkaitan tingkah laku yang                     terlibat dalam tahap ini :
                 a) meningkatkan kesedaran,
                 b) menggunakan misteri sebagai isi kurikulum,       
                 c) menitik beratkan pemikiran divergen,
                 d) memperkenalkan kejutan, 
                 e) membangunkan imaginasi

      Tahap Ketiga
      • Melibatkan kemampuan untuk meneruskan usaha-usaha kreatif dan menunjukkan ketabahan dalam menerima idea-idea baru.

      • MenurutTorrance dan Safter (1990) fasa ini juga memerlukan pelajar mengalihkan proses kreatif dari bilik darjah kepada persekitaran di luar bilik darjah.

                Di antara tingkahlaku pengajaran yang dicadangkan:
                 a) bermain-main dengan kekaburan,
                 b) menganalisa fantasi untuk mencari penyelesaian masalah
                 c) menggalakkan perancangan masa depan.


      -------------------------*************----------------------------


    TINGKAH LAKU MOLEKUL

    Tingkah laku molekul merujuk kepada tingkah laku guru yang khusus dalam bilik darjah. Apa yang penting ialah tingkah laku guru yang khusus ini mestilah berdasarkan pendekatan falsafah pengajaran untuk kreativiti yang telah disarankan oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kreatif. Beberapa orang pakar dalam bidang pengajaran kreatif telah mencadangkan asas-asas kepada pengwujudan persekitaran pengajaran kreatif.

    Salah seorang darinya ialah Amabile(1989), yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran kreatif akan terbentuk apabila :

    • pembelajaran dilihat sebagai penting dan menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru; 
    • pelajar merasakan dirinya dihargai, disayangi dan dihormati; 
    • pelajar aktif dalam bilik darjah; 
    • pelajar bangga dan merasakan bilik darjah dan sekolah adalah kepunyaannya; 
    • guru bertindak sebagai penasihat, jurulatih dan sumber ilmu; 
    • pelajar merasakan mereka boleh membincangkan masalah mereka secara terbuka;  
    • strategi pembelajaran yang menggalakkan kerjasama lebih banyak digunakan berbanding dengan strategi pembelajaran yang menggalakkan persaingan; 
    • pengalaman pembelajaran diolah supaya ia relevan dengan kehidupan pelajar.

    Chambers (1972) pula telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis dalam bidang psikologi dan kimia yang telah dicalonkan sebagai kreatif oleh jabatan di universiti di mana mereka telah mendapat ijazah sarjana muda atau sarjana. Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang guru yang telah mempengaruhi peningkatan kreativiti mereka semasa mereka belajar di Intitusi Pengajian Tinggi pada peringkat sarjana muda dan sarjana. Mereka kemudiannya telah diminta untuk memilih dari satu inventori tingkahlaku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka dan kemudiannya memilih dari inventori yang sama tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti mereka.



    Di antara tingkah laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka mengikut urutan keutamaan ialah:
    • Guru mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. 
    • Guru menjadi model kepada pelajar.
    • Guru menghabiskan banyak masa dengan pelajar di luar waktu mengajar.
    • Semangat yang ditunjukkan oleh guru.
    • Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya. 
    • Guru terus memberi ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang ditunjukkan oleh pelajar .


    Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar mengikut senarai keutamaan ialah:


    • Guru tidak menggalakkan para pelajar mengeluarkan idea mereka sendiri. 
    • Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri.
    • Guru menggalakkan pembelajaran secara hafalan.
    • Guru mempunyai minat yang sempit.
    • Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah.


    Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Ditambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. 

    Menjalankan aktiviti luar kawasan sekolah
    dan membuat aktiviti dalam kumpulan
     
    Cropley (1992), pula menekankan tiga aspek yang terdapat dalam diri pelajar iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Penekanan terhadap aspek kognitif pelajar bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, kemampuan untuk mendefinisikan masalah dan kebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri para pelajarnya. Penekanan terhadap aspek personaliti pula bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara yang kompleks. Akhirnya, penekanan terhadap aspek motivasi pula menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada didominasi oleh ganjaran luaran,kesediaan untuk mengambil risiko pada diri pelajar-pelajarnya.


    Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif
    . Tambah beliau lagi guru juga boleh menggalakkan kreativiti secara tidak langsung dengan mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah lakunya. 

    Pelajar menghasilkan rekacipta


    Renzulli(1992) pula menyatakan bahawa guru boleh menjadi model kepada tingkah laku kreatif dengan berkongsikan penghasilan peribadi mereka yang kreatif bersama-sama pelajar.


    Tan (1997) pula mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada pelajar. Cadangan ini dibuat berdasarkan andaian bahawa persekitaran yang bebas, luwes dan terbuka diperlukan untuk merangsang kreativiti. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar akan merangsang keseronokkan, penglibatan dalam aktiviti bilik darjah, konsep-kendiri dan bakat pelajar (Tan 2001).


    Menurut Cropley (1997) pula dalam pengajaran berpusatkan pelajar ini guru sangat menilai dan mempromosikan tingkah laku pelajar
    seperti ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu, suka menghadapi cabaran, suka mengambil risiko dan keazaman yang tinggi.



    Mazhab kognitif dalam psikologi pula memperkenalkan “pengajaran kreatif” sebagai satu cara untuk merangsang kreativiti pelajar (Mayer 1983). Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara yang membolehkan pelajar memindahkan apa yang telah mereka pelajari kepada masalah baru yang cuba diselesaikan (Mayer 1983). Dalam perkataan lain, pada pandangan mazhab kognitif pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu pelajar memindah kanapa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.

    Alat bantu mengajar yang berkesan


    Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah:


    • Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
       
    • Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial.
    • Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen.
    • Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. 
    • Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan.
    • Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh.
    • Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan.
    • Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luar biasa.

    Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-pakar. Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah.




    Pendekatan lebih Kreatif



      Pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan

      Guru membantu menyelesaikan
      masalah pembelajaran pelajar


      Jadilah guru yang mampu mampu ceriakan suasana P & P
      seperti dalam Upin dan Ipin


No comments:

Post a Comment