Wednesday, March 26, 2014

ISU SAHSIAH GURU

Kalau hendak diceritakan mengenai guru, sebenarnya ada macam-macam perihal. Hal ini kerana guru juga merupakan manusia biasa yang mempunyai pelbagai kerenah dan karakter. Ada guru yang bersikap positif dan negatif. Setiap perwatakan seseorang guru mampu memberi kesan terhadap perkembangan pelajar. Sebagai contoh, guru yang baik akan disayangi pelajar dan menjadi role model kepada pelajar yang membuatkan mereka minat untuk belajar di sekolah. Bagi guru yang tidak baik, nescaya boleh menjadikan disiplin pelajar itu teruk dan pencapaian akademik tidak membanggakan. Oleh itu, sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan ;   


"contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."
                
          Namun, dewasa kini kita kerap kali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru antaranya guru rogol pelajar, guru dera pelajar, guru ponteng sekolah dan sebagainya. Malah baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita pelajar dipaksa makan rumput oleh guru atas kesalahan tidak menyiapkan kerja sekolah. Ia merupakan satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep JERIS iaitu gabungan dari segi jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosial yang ingin diterapkan kepada pelajar.





CIRI GURU POSITIF


                           








Tokoh Guru Cemerlang di Terengganu


Tanggungjawab Guru Cemerlang

Kerana Guru Pelajar Menjadi Cemerlang





CIRI GURU NEGATIF


                                 

Sikap Guru Yang Boleh Mencerminkan Disiplin Pelajar


Guru Tidak Berperikemanusiaan

Guru Berbalah Sesama Sendiri

Gagal kerana Guru?

                                  

Monday, March 24, 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)



Pelan Pembangunan Pendidikan Yang Disampaikan 
Oleh Menteri Pendidikan 2.

 



Soal Jawab Mengenai Intipati 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025

 

Sunday, March 23, 2014

RUMUSAN

     Menjadi seorang guru atau pendidik bukanlah satu tugas yang mudah seperti yang diungkapkan. Menjadi seorang pendidik bermakna seseorang itu telah mengambil alih tanggungjawab yang amat besar menggantikan ibu dan bapa kepada setiap pelajar. Tugas yang mencabar seperti inilah yang banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdedikasi mencapai cita-cita. Pelajar diibaratkan seperti kain putih dan gurulah yang berhak mencorakkan pelajar tersebut dalam mendidik mereka sehingga berjaya. Menjadi satu kepuasan yang tidak terhingga tatkala mengetahui setiap pelajar didikannya telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dan setanding dengan pelajar pandai yang lain. Guru juga harus peka dengan perkembangan semasa kerana masyarakat kini lebih mementingkan nilai-nilai akhlak dan sahsiah dalam kehidupan.  Seseorang guru itu juga perlulah mempunyai sahsiah yang baik dan unggul untuk menjadi model kepada setiap pelajarnya. Setiap model itu akan mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Jika guru itu tidak bersahsiah maka pelajarnya juga akan mengikuti jejak langkah guru tersebut dan jika guru itu mempunyai sahsiah yang baik dan berakhlak maka pelajarnya juga akan berakhlak baik. Pandangan pertama pelajar kepada guru itu amatlah penting bukan sahaja untuk menarik minat mereka untuk belajar bahkan untuk menarik minat mereka berakhlak baik dan berdisiplin.