Tuesday, April 15, 2014

PEMBUKA KATA

     Guru merupakan satu profesion yang sangat mulia dan penting dalam pembangunan manusia. Sehingga kini, profesion guru sangat diperlukan di mana sahaja tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Perkataan 'guru' bukan sahaja digunapakai di sekolah sahaja, malah pensyarah di institusi pengajian tinggi juga merupakan guru yakni tenaga pengajar yang di pertanggungjawabkan dalam mendidik generasi muda sehingga tua. Pada zaman kini profession guru semakin mencabar dan memerlukan banyak kesabaran dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. Selain dari mendidik pelajar, guru juga dibaratkan seperti ibu dan bapa dimana guru juga perlu tahu akan segala masalah yang melanda pelajarnya. Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang diucapkan dibibir sahaja ini kerana apabila seseorang guru bersedia dengan tanggungjawab yang diterimanya maka guru tersebut juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikalnya untuk berhadapan dengan pelajar yang mempunyai pelbagai ragam.



     Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru yang baik adalah guru yang mampu membentuk nilai-nilai murni dan sifat saling hormat-menghormati dalam diri pelajar tanpa mengira agama dan bangsa. Oleh itu, personaliti guru mencerminkan segala-galanya. Guru pada hari ini mempunyai pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa. Di dalam kelas, guru perlu berdepan dengan pelbagai pelajar yang mempunyai pelbagai karenah. Di dalam situasi sesebuah kelas, seseorang guru yang hebat mampu menarik pelajar untuk mendengar apa yang diajarnya, dapat menarik pelajar memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat dikaitkan dengan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada guru.

Monday, April 14, 2014

STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI DAN AMALAN REFLEKSI

Profesional merupakan salah satu Nilai Bitara Upsi yang perlu ada dalam seseorang guru. Dalam pendekatan itu, profesional merangkumi empat perkara di bawahnya iaitu beretika, iltizam, kompeten dan cinta ilmu.

1. Beretika.
- Sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi sekolah.
- Menjaga maruah rakan seguru.

2. Iltizam
- Komited dalam menjalankan tugas dan berdedikasi.
- Merancang dan melaksanakan tugas dengan teliti.
- Melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati.

3. Kompeten
- Menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisien dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Memastikan pembelajaran bersifat kontemporari dan sesuai digunakan sepanjang zaman..
- Meningkatkan dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran.

4. Cinta ilmu
- Menjalankan pennyelidikan dalam bidang tugas mereka. 
- Mempunyai rangkaian dengan rakan guru dan pakar-pakar dalam bidang yang diajar bagi memastikan ilmu baru sentiasa ditambah dan diperbaharui.


     Profesionalisme merupakan hasil daripada stau proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai guru, mereka perlu meningkatkan profesionalisme mereka dengan membuat pembaharuan, penyemakan semula, bagi komitmen yang baik yang bertujuan untuk pengajaran di sekolah. Setiap guru perlu menguasai dan mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan kecerdasan sebagai dalam pengajaran di sekolah.

Sistem pendidikan akan berubah-ubah dari semasa ke semasa sama ada dari segi istilah-istilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi serta penggunaan komputer dala pendidikan. Oleh itu, guru yang cemerlang harus pendidikannya sepanjang hayat untuk mempelajari sesuatu untuk tingkatkan kemahiran dalam pengajaran.

Antara strategi peningkatan profesionalisme diri dan amali refleksi ialah :

1. Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam 
    Perkhidmatan
     
Semasa dalam perkhidmatan, guru-guru perlu dilatih semula untuk membangunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi pedagogi. Seterusnya ialah, guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran dan pembelajaran yang baru.


2. Amalan Refleksi Dan Penulisan Refleksi Ke Arah
    Peningkatan Profesionalisme Guru     

Dapat memperkayakan diri dan merangsang amalan profesional. Ia juga bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan atas konteks pengajaran. Selain itu, penulisan refleksi ini boleh dijadikan sebagai batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

      Dengan penulisan ini juga memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Oleh itu, guru dapat mengubahsuai serta membaiki proses pengajaran mereka dengan efektif.

       Antara strategi nya ialah guru boleh buat penulisan jurnal atau reflektif. Melalui penulisan ini, kita boleh membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan, seseorang itu melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi . Manakala refleksi ke atas tindakan pula, di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.

      Refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan dalaman apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan dapat membentuk satu pandangan secara logik.

3. Pembentukan Portfolio Pengajaran

Portfolio merupakan dokumen yang menggambarkan proses perkembangan dan rancangan pencapaian visi di masa akan datang. Portfolio pengajaran mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif yang dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru. Selain itu, ia juga mampu memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan portfolio secara berterusan akan bagi peluang kepada guru untuk membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan perjuangan sepanjang masa.
       Menurut Loughran & Corrigan, 1995 ; Sheldin, 1997, portfolio membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka bagi membuktikan pengetahuan profesional mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, ia memberikan galakan kepada guru untuk mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian masalah dengan mengimbas kembali pengalaman-pengalam lepas dalam portfolio tersebut.
       Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajarandan merangsang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang.
       Portfolio pengajaran juga menjadi tempat di manna pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri dan dapat membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. 

4. Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang
    Efektif 

Seseorang guru perlu meneroka idea-idea baru mengenai kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk dalam kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara profesional.
          Dengan mempersoalkan "apa yang berlaku'', ''mengapa ianya berlaku'' dan ''bagaimana kita hendak menyelesaikannya'' adalah diperlukan dalam proses perkembangan peribadi sesorang guru. Selin itu, guru juga wajar menjadikan profesion keguruan yang berasakan kajian dan amalan pengajaran melalui kajian saintifik dan bukan mendengar pendapat semata-mata.
 
5. Amalan Konsep "Belajar Seumur Hidup"        

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep ini dengan pembacaan, penulisan, penyelidikan, pengetahuan dan pandangan terhadap terhadap bidang yang diceburi. Dengan ini dapat menajamkan kecekapan dan keyakinan untuk menjadi seorang yang kreatif, reflektif dan berinovasi dalam gaya pengajarannya. 
       Selain itu, guru juga mampu untuk memperbaiki diri sendiri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan, khususnya dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ICT. Sebagai guru, mereka harus mengasah kemahiran mengajar melalui ICT dan saling bertukar pendapat dengan guru yang lebih berpengalaman.
      Guru juga boleh membuat jaringan dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan mereka. Program secara online ini merupkan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara online.

6. Sistem Pementoran Sebagai Cara Meningkatkan
    Profesionalisme Diri    

Sistem pementoran biasanya berlaku di sekolah, di mana guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini juga, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberinasihat dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

Sunday, April 13, 2014

MODEL PENDEKATAN STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN



Kaedah dan Teknik Pengajaran 
Yang Berkesan

STRATEGI PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU CEMERLANG

Dewasa ini, seluruh masyarakat amat mengharapkan guru yang bersahsiah cemerlang bagi mendidik anak bangsa negara ini. Hal ini supaya anak bangsa dapat dibentuk menjadi seseorang yang berguna pada masa hadapan. Usaha untuk melahirkan guru yang bersahsiah unggul adalah penting dan sangat mencabar. Tambahan pula, pada masa kini terdapat pelbagai masalah dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, bagi membentuk guru yang bersahsiah cemerlang, maka usaha secara berterusan perlu dirancang dan dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan.

Tedapat tiga aspek penting yang perlu ada dalam diri guru yang bersahsiah cemerlang iaitu perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Pelbagai pihak boleh melaksanakan strategi tersebut. Samada melalui guru itu sendiri, pihak sekolah mahupun  Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. PERKEMBANGAN


  • Memperbaiki diri dengan ilmu pengetahuan
  • Latihan dalam perkhidmatan

2. PENCEGAHAN
  • Pengurusan stres


3. PEMULIHAN
  • Perkhidmatan kaunseling
  • Muhasabah diri
  • Rujukan
  • Tindakan tatatertib
  • Kursus dan bengkel

    TINGKAH LAKU GURU & PENGAJARAN KREATIF

    Banyak kajian telah dilakukan untuk menjawab persoalan mengenai bagaimanakah guru boleh membantu meningkatkan kreativiti pelajar. Di antara cara yang guru boleh lakukan untuk meningkatkan kreativiti pelajar ialah melalui tingkah laku yang mereka tunjukkan sewaktu pengajaran sedang dijalankan. Dalam konteks penyelidikan yang akan dijalankan mengenai gaya pengajaran guru ini, perbincangan mengenai tingkah laku guru adalah penting kerana kemahiran guru mengajar secara kreatif akan diukur berdasarkan tingkah laku yang guru tunjukkan dalam bilik darjah.

    Menurut Esquivel (1995), tingkah laku kreatif guru boleh diklasifikasikan kepada : 

    (a) Tingkah laku molekul yang melibatkan teknik-teknik dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan  oleh guru yang boleh dikenal pasti secara konkrit dan boleh diukur dan juga interaksi di antara guru dan pelajar; 

    (b) Tingkah laku “molar” yang merujuk kepada fahaman dan pendekatan-pendekatan lebih global yang diamalkan oleh guru sebagai titik rujukan dalam usaha guru mewujudkan suasana pembelajaran yang membantu memupuk kreativiti dalam bilik darjah. 



    TINGKAH LAKU MOLAR

    Menurut Esquivel (1995),
    Terdapat beberapa model yang menitiberatkan proses kreatif, pengkayaan kreatif dan penyelesaian masalah kreatif, salah satu dari model-model tersebut ialah Model Pengajaran Kreatif Inkubasi Torrance (1979). Model ini merujuk kepada tahap dalam proses kreatif apabila unsur-unsur tidak sedar dan separa sedar terlibat dalam asosiatif  bebas simbol-simbol, imej-imej dan idea-idea. Model ini mempunyai tiga fasa yang saling berturutan yang membawa implikasi untuk tingkah laku pengajaran tertentu:

    Torrance dan Safter (1990) telah mencadangkan beberapa aktiviti tingkah laku untuk setiap tahap.

         Tahap Pertama
    • Melibatkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk pemanasan dan mendapatkan perhatian pelajar agar pelajar bersedia, tenang, bermotivasi dan keadaan minda yang divergen.

              Di antara aktiviti-aktiviti tingkah laku yang dicadangkan : 
                a) persembahan idea-idea yang kabur, 
                b) bertanyakan soalan untuk meningkatkan jangkaan, 
                c) merangsang perasaan ingin tahu, 
                d) mencari pandangan yang berbeza dan bertanyakan soalan  
                    yang provokatif untuk merangsang idea baru.

       Tahap Kedua
      • Model ini pula melibatkan penambahan keasyikan dalam tugasan kreatif dengan menganalisa dan membuat refleksi mengenai keadaan sebenar masalah yang sedang cuba diselesaikan.

                Di antara aktiviti-aktiviti yangberkaitan tingkah laku yang                     terlibat dalam tahap ini :
                 a) meningkatkan kesedaran,
                 b) menggunakan misteri sebagai isi kurikulum,       
                 c) menitik beratkan pemikiran divergen,
                 d) memperkenalkan kejutan, 
                 e) membangunkan imaginasi

      Tahap Ketiga
      • Melibatkan kemampuan untuk meneruskan usaha-usaha kreatif dan menunjukkan ketabahan dalam menerima idea-idea baru.

      • MenurutTorrance dan Safter (1990) fasa ini juga memerlukan pelajar mengalihkan proses kreatif dari bilik darjah kepada persekitaran di luar bilik darjah.

                Di antara tingkahlaku pengajaran yang dicadangkan:
                 a) bermain-main dengan kekaburan,
                 b) menganalisa fantasi untuk mencari penyelesaian masalah
                 c) menggalakkan perancangan masa depan.


      -------------------------*************----------------------------


    TINGKAH LAKU MOLEKUL

    Tingkah laku molekul merujuk kepada tingkah laku guru yang khusus dalam bilik darjah. Apa yang penting ialah tingkah laku guru yang khusus ini mestilah berdasarkan pendekatan falsafah pengajaran untuk kreativiti yang telah disarankan oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kreatif. Beberapa orang pakar dalam bidang pengajaran kreatif telah mencadangkan asas-asas kepada pengwujudan persekitaran pengajaran kreatif.

    Salah seorang darinya ialah Amabile(1989), yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran kreatif akan terbentuk apabila :

    • pembelajaran dilihat sebagai penting dan menyeronokkan kepada pelajar dan juga guru; 
    • pelajar merasakan dirinya dihargai, disayangi dan dihormati; 
    • pelajar aktif dalam bilik darjah; 
    • pelajar bangga dan merasakan bilik darjah dan sekolah adalah kepunyaannya; 
    • guru bertindak sebagai penasihat, jurulatih dan sumber ilmu; 
    • pelajar merasakan mereka boleh membincangkan masalah mereka secara terbuka;  
    • strategi pembelajaran yang menggalakkan kerjasama lebih banyak digunakan berbanding dengan strategi pembelajaran yang menggalakkan persaingan; 
    • pengalaman pembelajaran diolah supaya ia relevan dengan kehidupan pelajar.

    Chambers (1972) pula telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis dalam bidang psikologi dan kimia yang telah dicalonkan sebagai kreatif oleh jabatan di universiti di mana mereka telah mendapat ijazah sarjana muda atau sarjana. Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang guru yang telah mempengaruhi peningkatan kreativiti mereka semasa mereka belajar di Intitusi Pengajian Tinggi pada peringkat sarjana muda dan sarjana. Mereka kemudiannya telah diminta untuk memilih dari satu inventori tingkahlaku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka dan kemudiannya memilih dari inventori yang sama tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti mereka.



    Di antara tingkah laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka mengikut urutan keutamaan ialah:
    • Guru mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. 
    • Guru menjadi model kepada pelajar.
    • Guru menghabiskan banyak masa dengan pelajar di luar waktu mengajar.
    • Semangat yang ditunjukkan oleh guru.
    • Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya. 
    • Guru terus memberi ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang ditunjukkan oleh pelajar .


    Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar mengikut senarai keutamaan ialah:


    • Guru tidak menggalakkan para pelajar mengeluarkan idea mereka sendiri. 
    • Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri.
    • Guru menggalakkan pembelajaran secara hafalan.
    • Guru mempunyai minat yang sempit.
    • Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah.


    Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Ditambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. 

    Menjalankan aktiviti luar kawasan sekolah
    dan membuat aktiviti dalam kumpulan
     
    Cropley (1992), pula menekankan tiga aspek yang terdapat dalam diri pelajar iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Penekanan terhadap aspek kognitif pelajar bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, kemampuan untuk mendefinisikan masalah dan kebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri para pelajarnya. Penekanan terhadap aspek personaliti pula bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara yang kompleks. Akhirnya, penekanan terhadap aspek motivasi pula menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada didominasi oleh ganjaran luaran,kesediaan untuk mengambil risiko pada diri pelajar-pelajarnya.


    Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif
    . Tambah beliau lagi guru juga boleh menggalakkan kreativiti secara tidak langsung dengan mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan dan tingkah lakunya. 

    Pelajar menghasilkan rekacipta


    Renzulli(1992) pula menyatakan bahawa guru boleh menjadi model kepada tingkah laku kreatif dengan berkongsikan penghasilan peribadi mereka yang kreatif bersama-sama pelajar.


    Tan (1997) pula mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada pelajar. Cadangan ini dibuat berdasarkan andaian bahawa persekitaran yang bebas, luwes dan terbuka diperlukan untuk merangsang kreativiti. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar akan merangsang keseronokkan, penglibatan dalam aktiviti bilik darjah, konsep-kendiri dan bakat pelajar (Tan 2001).


    Menurut Cropley (1997) pula dalam pengajaran berpusatkan pelajar ini guru sangat menilai dan mempromosikan tingkah laku pelajar
    seperti ketekunan, ketabahan, semangat ingin tahu, suka menghadapi cabaran, suka mengambil risiko dan keazaman yang tinggi.



    Mazhab kognitif dalam psikologi pula memperkenalkan “pengajaran kreatif” sebagai satu cara untuk merangsang kreativiti pelajar (Mayer 1983). Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara yang membolehkan pelajar memindahkan apa yang telah mereka pelajari kepada masalah baru yang cuba diselesaikan (Mayer 1983). Dalam perkataan lain, pada pandangan mazhab kognitif pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu pelajar memindah kanapa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif.

    Alat bantu mengajar yang berkesan


    Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah:


    • Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
       
    • Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial.
    • Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen.
    • Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. 
    • Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan.
    • Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh.
    • Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan.
    • Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luar biasa.

    Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-pakar. Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah.




    Pendekatan lebih Kreatif



      Pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan

      Guru membantu menyelesaikan
      masalah pembelajaran pelajar


      Jadilah guru yang mampu mampu ceriakan suasana P & P
      seperti dalam Upin dan Ipin


AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seseorang guru merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion perguruan.

Akauntabiliti Guru Terhadap:

1. Pelajar.

- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah 
  termasuk  mematuhi masa dalam jadual waktu serta 
  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah    
  dan teknik yang berkesan.
- Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-
  murid berbanding hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, 
  faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial, dan sebagainya.
- Membimbing dan mengajar murid-murid di dalam bilik darjah 
  tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
- Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, 
  berbudi bahasa, dan bersopan santun semasa bertugas.

2. Diri.

- Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan
  tugas dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan        jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan 
  mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
- Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
- Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling
  melalui media massa atau elektronik.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah
  pada masa lapang.

3. Bangsa dan Negara.

- Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat 
  pendidikan negara berdasarkan rukun negara.
- Memupuk niai dan sikap murni sesuai dengan masyarakat 
  berbilang bangsa dalam diri pelajar.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan 
  mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan 
  masyarakat.
- Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan
  guru dan ibu bapa pelajar.
- Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala
  aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

4. Terhadap Tugas dan Kerja.

- Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan 
  berkaitan mata pelajaran yang diajar.
- Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran
   yang diajar.
- Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kusrus 
   yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
- Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya 
  bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
- Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang 
   betul dan tepat.



Inilah guru sebenarnya...

PERLAKUAN GURU

Saidina Umar Al-Khatab pernah berpesan 
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, 
dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang.



Ciri-ciri Perlakuan Guru yang Disukai Oleh Pelajar.

  1. Seorang guru mestilah periang, gembira dan memiliki perwatakan menarik. Justeru guru hendaklah mengelakkan diri dari bersikap garang, kuat membebel, tidak pernah senyum, suka menyindir dan mudah hilang kesabaran.
  2. Seorang guru hendaklah bertimbang rasa, mudah mesra dan pengasih dengan pelajar. Guru juga hendaklah menghindarkan diri dari bersifat sombong, angkuh dan sukar menerima pandangan orang lain.
  3. Seorang guru mesti tegas terhadap kawalan kelas supaya ia dihormati dan disegani.
  4. Seorang guru hendaklah bersikap adil dengan semua muridnya, terutama dalam menyelesaikan sesuatu masalah, janganlah ada guru yang bersikap pilih kasih dengan memberikan perhatian kepada pelajar yang tertentu sahaja.
  5. Seseorang guru yang berminat memahami masalah pelajar-pelajarnya. Guru sering bertanya mengenai masalah pelajar terutama dalam subjek-subjek yang mereka lemah. Elakkan daripada memberi tugasan dan kerja rumah tanpa kewajaran yang sepatutnya.
  6. Kaedah pembelajaran hendaklah dirancang lebih awal supaya murid lebih memahami.
  7. Guru menerangkan sesuatu pelajaran atau tugasan dengan jelas supaya murid melakukan sesuatu tugas dengan baik dan sempurna.
  8. Seorang guru sentiasa memberikan bantuan dalam kerja-kerja sekolah.